Gerak langkahmu memikat hati, Senyumanmu itu racun berbisa, Ranjau Menawan - NowSeeHeart Dahulu muslimat mungkin merupakan cabaran yang besar yang dapat meruntuhkan keimanan seorang muslimin. Namun hari ini, ketahuilah wahai muslimin, anda merupakan cabaran yang besar bagi muslimat dalam memagari diri di dalam rumah 'solehah'. Saban hari ada sahaja penjaja-penjaja cinta yang melalui halaman rumah 'solehah' ini, yang membuatkan kadang-kadang, muslimah ini teruja untuk melihat 'apakah yang dijual mereka?'. Ketahuilah wahai muslimin, Agar gerak kerja kita dalam perjuangan ini tidak terganggu. Sekiranya kamu sering menganggu iman kami, maka kelemahan kami yang terserlah pula akan menganggu imanmu. Dan akhirnya kita bersama-sama jatuh ke tempat yang binasa. Na'uzubilahi min zalik! Apabila kamu melihat ada muslimat yang solehah, atau yang sedang mengadaptasi sifat 'solehah' dalam diri. Jangan kamu ganggu mereka dengan kata-kata manismu, jangan kamu ganggu iman mereka dengan menguji sejauh mana tahap 'solehah' mereka. Apakah kamu tegar kehilangan bunga-bunga 'solehah' yang bakal mengindahkan dunia Islam ini?. Kami sendiri pelik, apabila ada muslimin yang mengirimkan article tentang 'ikhtilat', sebagai peringatan buat muslimat. Tetapi kemudiannya muslimin itu sendiri menghantar mesej, Atau mungkin apa sahaja perbuatan atau perkataan yang boleh mengundang dosa. Jangan menipu diri sendiri muslimin hanya dengan bertopengkan ilmu kepalsuan. "Owh maksud saya tu, jaga diri. Awak Jangan su'uzhon", Apa sebenarnya yang kamu (wahai muslimin) cari? Ketahulah wahai muslimin, ketahuilah wahai muslimin Muslimat- perempuan Muslimin- lelaki Ikhtilat - perhubungan lelaki dan perempuan su'uzhon- bersangka buruk
Lirik senyummu manis sekali,
Namun ini aku menyedari,
Ia adalah ranjau berduri.
Mengugat naluri menggoda jiwa,
Walau rupamu amat menawan,
Namun ku tetap pilih yang beriman.
Kami memagari diri kami,
Agar kamu (wahai muslimin) dapat istiqamah dalam perjuanganmu,
Kami mengeraskan kelembutan kami,
Agar kamu mampu fokus dalam gerak langkahmu,
Kami lari dari fitrah azali kami,
Agar tidak terganggu imanmu,
Namun mengapa kamu masih mengusik hati serta keimanan kami?
Sedang kita perlu saling bantu-membantu dalam menjaga iman masing-masing.
'Hati-hati ye balik, kalau terjatuh,bangun sendiri, hehe'.
"Saya tak nak lah rasa muamalat ni terlalu formal kita biasa-biasa je "
Kamu mahu kami menjadi muslimah solehah, tapi kamu tidak membantu kami ke jalan itu,
Malah kamu sering menganggu 'perhatian' kami.
Atau mungkin kamu ingin kami jadi muslimah yang hipokrit? Di depan semua orang, ikhtilah, aurat, ibadah semua dijaga,
Tetapi di belakang orang,kami hanya memiliki abu-abu iman yang ringan, yang tidak berguna.
Kita memerlukan kekuatan satu sama lain,
Dalam memangkin perjuangan ini,
Jika salah satu dari kita lemah dalam mempertahankan iman,
Ia akan memberi kesan kepada keduanya.
kami ingin menjadi isteri yang solehah, juga ibu yang dapat menjadi qudwatun hasanah,
Bagi melahirkan mujahid dan mujahidah,
kami memerlukan seorang suami yang soleh sebagai ketua keluarga,
Jadikan kami ini selayaknya untuk kamu,
Dan kamu selayaknya untuk kami.
Monday, April 4, 2011
Muslimin Bantu Kami Mencari Erti Solehah
Posted by Nurul Wahida at 4/04/2011 10:26:00 PM 0 comments
Friday, April 1, 2011
ILMU FARDU AIN BUKAN SEKADAR SILIBUS SEKOLAH
Ilmu adalah lawan kepada kejahilan. Dengan memiliki ilmu di dada, ia akan mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan juga masyarakat.
Posted by Nurul Wahida at 4/01/2011 10:01:00 PM 0 comments
Thursday, March 31, 2011
JANGAN HARAP ORANG LAIN BUAT UNTUK KITA
Dunia ketika ini sedang memasuki akhir zaman. Malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa manusia di zaman ini sudah tidak mementingkan agama. Barangkali agama hanya dianggap sebagai ritual semata-mata. Ia mungkin sudah tidak menjadi sistem dalam kehidupan. Agama boleh dikatakan hanya digunakan di tempat dan keadaan tertentu sahaja. Misalnya, apabila mahu berkahwin, barulah agama digunakan. Sedangkan dalam sistem kehidupan yang lain, agama dipinggirkan. Benar atau tidak, ramai daripada kita kelihatannya sudah tidak tahu membezakan antara Fardu Ain dan Fardu Kifayah. Boleh dikatakan mereka tidak mempedulikan apakah yang Ain itu dan apakah pula yang Kifayah. Ain adalah wajib, sementara kifayah itu untuk direbut. Siapa yang cepat, dialah yang dapat. Bahkan menjanjikan banyak pahala. Kita sudah tidak pedulikan semua berkenaan. Fardu Kifayah dilupakan terus. Manakala Fardu Ain pula bagaikan tiada. Entahkan mereka tahu atau tidak. Mungkin dalam kertas peperiksaan, mereka mampu mendapat keputusan yang cemerlang. Namun, untuk diamal, bagaikan tidak melekat di hati. Contoh yang terbaik adalah makan. Fardu Ain itu adalah makan apabila lapar. Semua orang lapar dan semua orang akan makan bila lapar. Makan itu wajib. Andai tidak makan, ia akan menjadi mudarat. Ia tidak memerlukan kita untuk mewakilkan kepada orang lain untuk makan. Apabila diri kita kebulur, bukankah kita sendiri yang wajib untuk makan. Maka atas sebab itulah dalam perkara fardu ain, kita tidak boleh mengharapkan orang lain untuk mengingatkan kita. Kita sendiri yang bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Kejahilan Begitulah situasinya. Apabila ilmu Fardu Ain ditinggalkan. Untuk mengejar Fardu Kifayah apatah lagi. Kejahilan dalam mendalami dan mengamalkan Fardu Ain bertambah parah apabila usia semakin menaiki kedewasaan. Ada yang dipelajari sedari kecil, namun ditinggalkan di pertengahan jalan. Fenomena ini juga barangkali sedang berleluasa dalam kalangan remaja kita. Remaja yang tidak dididik oleh ibu bapa tentang pendidikan agama termasuk Fardu Ain, kelihatannya sukar untuk mengenali fungsi dan tanggungjawab diri mereka. Ibu bapa yang jahil agama, menambahkan lagi parah situasi ini. Hanya membiarkan golongan pendidik untuk mengajarnya. Sedang mereka sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik kepada remaja. Kejahilan Fardu Ain ini tidak terhenti di situ. Remaja yang semakin hanyut dengan kenikmatan dunia sudah tidak mempedulikan asasnya. Ketidakmahuan mereka mempelajari disebabkan tiadanya dorongan untuk remaja ke arah itu. Ketika diri sendiri tidak bersungguh-sungguh mendekati ilmu agama, remaja semakin jauh daripada asas Fardu Ain apabila keseronokan dan pergaulan tidak terbatas menjadi keutamaan. Mengejar keseronokan berbentuk hiburan dan lagha menjadikan mereka tidak punya masa untuk mempelajarinya. Pergaulan dengan bertindak di luar batasan juga akhirnya membuatkan mereka semakin jauh. Pendidikan Sistem pendidikan di peringkat sekolah barangkali turut boleh ditambah baikkan. Sekiranya ketika ini penyelarasan ilmu Fardu Ain berada di peringkat sepatutnya, barangkali dari aspek amali boleh diperhebatkan lagi. Guru-guru dan ustaz menjadi pendamping yang paling rapat dalam kalangan pelajar. Namun, pokok pangkalnya terserah kepada diri sendiri. Sama ada mereka mahu mendalami dan mengamalkannya, tuan punya tubuh punya kuasa. Membiarkan diri terus berada di dalam kejahilan tentang Fardu Ain, hanya akan memburukkan lagi keadaan mereka. Tepuk dada, tanya iman. Ingatlah, tiada siapa yang dapat membina sesuatu kepada kita. Hanya diri sendiri yang boleh membinanya. Seperti contoh makan ketika lapar tadi, anda tidak boleh mewakilkannya kepada orang lain. Kita sendirilah yang perlu memakannya, andai tidak mahu mudarat menimpa....
Posted by Nurul Wahida at 3/31/2011 10:40:00 PM 0 comments
Saturday, March 12, 2011
beautyful recitation by sheikh yasser al dosary
Posted by Nurul Wahida at 3/12/2011 09:07:00 AM 0 comments
Monday, March 7, 2011
Pengumuman
CERAMAH PERDANA
Posted by Nurul Wahida at 3/07/2011 03:21:00 PM 0 comments
Sunday, March 6, 2011
Antara Keseronokan Duniawi dan Mencari Keredaan Allah
Melangkah ke Tanah Suci pada usia muda tidak pernah tercatat dalam perancangan hidup.
Posted by Nurul Wahida at 3/06/2011 05:43:00 PM 0 comments