CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 14, 2010

AKUR TAKDIR BAIK &BURUK

Kehidupan yang dilalui penuh dengan liku.

Ada yang menyenangkan hati dan ada
yang mendukacitakan.

Namun itu semua sudah ditakdirkan sebagaimana yang tetulis di Lohmahfuz.Allah Maha Mengetahui segala-galanya.Sebagai manusia kita harus beriman dengan Qada dan Qadar kerana tidak akan sempurna iman kita jika tidak menyakini.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
'' Hendaklah kamu banyak melakukan perkara yang mendatangkan manfaat kpd diri kamu,mintalah pertolongan dgn Allah dan jgn mudah berasa lemah.Sekiranya bala menimpa kamu,maka jgnlah kamu berkata:

'' Kalaulah aku lakukan begini,tentu tidak akan jadi begini''tetapi katakanlah:''Allah telah menentukannya dan setiap yg dikehendakinya akan berlaku.'' Disebabkan menggunakan perkataan 'kalau'(dengan menolak takdir Allah pada apa yang telah berlaku) akan membuka peluang kpd syaitan (membisikkan kejahatan di dalam hatinya)-
Hadis Riwayat Muslim.


Usah sesekali meratap menyesal atas apa yg btelah berlaku.Apatah lagi kita tahu semua itu ditentukan-Nya.Reda dan berserah diri kerana kesabaran itu bakal mendapat ganjaran yg besar di sisi Allah.