CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 31, 2010

Lawatan Ke Ladang Unta di Hudaibiah


Lawatan Ke Ladang Unta..Dekat Ladang Unta adalah tempat persinggahan untuk Jemaah membeli Susu Unta tidak kira Haji atau Umrah...

Lawatan Ke Arafah


Bergambar dengan Unta....


Unta..Unta siapa mahu naik Unta....


Jemaah sedang Khusyuk mendengar Taklimat yang disampaikan oleh Mutawwif ...


Jabal Rahmah.


Saya dan Emak

Ketika Wukuf Di Arafah


Jemaah- Jemaah Haji sedang Khusyuk mendengar Khutbah Arafah...Di Arafah kita perlu memperbanyakkan Ibadah untuk mendekatkan diri kpd Allah dengan memperbanyakkan solat sunat,berzikir dan berselawat ke atasnya... Di Arafah juga adalah tempat yg Mustajab untuk memohon sesuatu doa.....


Wukuf Di Arafah..

Jabal Magnet di Madinah


Bukit Magnet. Jabal Maghnatis( Bukit Magnet) ini adalah satu tempat dimana kereta akan ditarik semula balik ke Madinah. Apabila sampai ke kawasan ini, Kereta akan bergerak sendiri untuk balik ke Madinah. Inilah kebesaran Allah yang Allah tunjukkan pada kita. Ia dikelilingi Panorama Alam yg Indah seperti tumbuhan2 Hijau...

Jabal Uhud


Perkuburan Para Syuhada di Jabal Uhud.


Jabal Uhud.... Bukit Uhud yang terletak sekitar empat kilometer sebelah Timur Laut Madinah merupakan tempat berlangsungya Perang Uhud. Perang Uhud terjadi antara kaum muslim dan kaum Musyrik Quraisy.Meskipun beroleh kemenangan ,Kaum muslim mengalami kerugian akibat kebanyakkanya pahlawan Muslimin yg gugur dalam perang ini.


Bukit Pemanah di Uhud

Thursday, December 30, 2010

Di Muzzalifah


Jemaah-Jemaah haji Sedang bermalam di Muzzalifah dan mengutip anak2 batu untuk persediaan melontar..


Bendera Zahafiz...

Lawatan Ke Muzium Makkah


Sekitar Kawasan Masjidil Haram.


Sekitar Kawasan Masjid Nabawawi...


Gambaran Kawasan yg dahulu...


Sedang mengayam benang untuk membuat kain Ka'abah... Pak Syeikh ni malu2 pula sbb orang ambil gambar dia....


Pintu Kaabah

Telaga Zam-Zam Yang Lama..


Batu Hajjarul Aswad

Tapak Kaki Nabi Ibrahim

Friday, May 14, 2010

AKUR TAKDIR BAIK &BURUK

Kehidupan yang dilalui penuh dengan liku.

Ada yang menyenangkan hati dan ada
yang mendukacitakan.

Namun itu semua sudah ditakdirkan sebagaimana yang tetulis di Lohmahfuz.Allah Maha Mengetahui segala-galanya.Sebagai manusia kita harus beriman dengan Qada dan Qadar kerana tidak akan sempurna iman kita jika tidak menyakini.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
'' Hendaklah kamu banyak melakukan perkara yang mendatangkan manfaat kpd diri kamu,mintalah pertolongan dgn Allah dan jgn mudah berasa lemah.Sekiranya bala menimpa kamu,maka jgnlah kamu berkata:

'' Kalaulah aku lakukan begini,tentu tidak akan jadi begini''tetapi katakanlah:''Allah telah menentukannya dan setiap yg dikehendakinya akan berlaku.'' Disebabkan menggunakan perkataan 'kalau'(dengan menolak takdir Allah pada apa yang telah berlaku) akan membuka peluang kpd syaitan (membisikkan kejahatan di dalam hatinya)-
Hadis Riwayat Muslim.


Usah sesekali meratap menyesal atas apa yg btelah berlaku.Apatah lagi kita tahu semua itu ditentukan-Nya.Reda dan berserah diri kerana kesabaran itu bakal mendapat ganjaran yg besar di sisi Allah.

Saturday, April 24, 2010

SABAR

Di dalam perjuangan kehidupan, manusia biasanya berhadapan dengan keuntungan dan kerugian atau kemuliaan dan kecelakaan. Ketika berhadapan dengan kerugian atau kecelakaan yang merupakan dugaan bagi manusia, ketika itu hendaklah di terima dan di hadapi dengan penuh kesabaran , kerana manusia telah dijanjikan bahawa Allah bersama orang2 yang sabar.

Thursday, April 22, 2010

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,'' Allah SWT suka kepada dua orang lelaki yang seoarang telah membunuh yang lain. Keduanya masuk syurga.Orang Islam ini terbunuh kerana berjuang di jalan Allah ( di tangan orang kafir ) kemudian yang membunuh bertaubat dan diampunkan Allah, maka dia pun masuk Islam(dan pergi berperang) dan mati sebagai mati syahid.'' ( Al Bukhari dan Muslim)

Wednesday, April 21, 2010

Taubat.

Maksud hadis:''Daripada Abdullah Bin Abbas dan Anas Bin Malik r.a , bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda,'' andai kata seseorang anak adam telah mempunyai satu lembah emas nescaya ia ingin pula hendak mempunyai dua lembah .Dia tidak akan puasdengan harta dunia sehingga akhir hayatnya, mulutnya di penuhi tanah .Allah SWT merima taubat hambanya yang benar2 bertaubat. ( Bukhari dan Muslim)

Tuesday, April 20, 2010

Bab Ikhlas

Maksud hadis:" Daripada Anas r.a katanya, semasa kami kembali daripada peperangan Tabuk bersama2 Nabi SAW tiba2 Nabi bersabda,'' sesungguhnya di Madinah ada beberapa orang sahabat yang terhalang daripada menyertai peperangan kerana sakit, dimana sahaja kita berjalan , ke hulu atau ke Lembah , mereka tetap bersama kita.'' (Bukhari).

Monday, April 12, 2010

AHLAN WA SAHLAN ...

Saya ingin mengucapkan terima kasih kpd semua yang sudi membaca blog saya yang tidak seberapa ni.

Sunday, April 11, 2010

KATA-KATA HIKMAH,

MAKANLAH MAKANAN YANG MAKANAN YANG BAIK. PAKAILAH PAKAIAN YANG BERSIH DAN PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT SUPAYA AMAL IBADAT YANG DI LAKUKAN TIDAK MENJADI SIA- SIA DAN DI TERIMA OLEH ALLAH S.W.T. HORMATILAH DAN TAATLAH KPD KEDUA ORG TUA KAMU YANG TLH MENDIDIK DAN MEMBESARKAN KAMU DENGAN SUSAH PAYAHNYA. JANGANLAH KAMU MELAWAN CAKAP KEDUA ORG TUA KAMU DAN JANGANLAH KAMU MENINGGIKAN SUARA APABILA BERCAKAP DENGAN MEREKA.




Text Color