CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 6, 2011

Antara Keseronokan Duniawi dan Mencari Keredaan Allah

Melangkah ke Tanah Suci pada usia muda tidak pernah tercatat dalam perancangan hidup.

Sudah tentu sasaran kami mengejar karier dan glamour, rumah besar, pangkat tinggi, kenderaan mewah,pakaian berjenama, dan bermain Golf. Apabila disingkap kembali persoalan ini, baru disedari haji berada di senarai terbawah. Dengan lain perkataan, tiada langsung hasrat untuk menunaikan haji ketika Usia Muda. Haji cuma sesuai untuk warga berstatus YB (Yang Berpencen).

Jauh sekali untuk berfikir , esok kami akan kembali bertemu Allah, pencipta kita. Amalan yang ada pun tidak seberapa. Perkara-perkara sunat seperti bersedekah, sembahyang sunat tahajud, witir, duha, taubat, puasa Isnin Khamis, semuanya dibuat apabila ingat dan kepenatan pada siang hari memperkukuhkan justifikasi ini. Sembahyang berjemaah, main tangkap muat sahaja. Lalai di pejabat , melewat-lewatkan sembahyang dan lewat kembali ke rumah memberi alasan mantap untuk mengizinkan sembahyang sendirian. Tiada kesungguhan untuk memperbaiki diri.

Allah berkata ,

'' Dan mereka ( golongan munafik), tidak akan datang untuk bersembahyang melainkan mereka datang dengan keadaan malas. Dan mereka tidak menderma melainkan kerana mereka
terpaksa''.

( Surah al-Taubah : 54)



Ya Allah, adakah kami tergolong dalm kumpulan Munafik kerana lalai dalam sembahyang dan menghulurkan bantuan kerana terpaksa atau menderma kerana mempunyai agenda tersendiri ? Ampunilah kami ya Allah.

Setiap kali selepas sembahyang, kebanyakan doa menjurus kepada permintaan bagi menikmati kehidupan Duniawi. Cuma mungkin sudah menjadi tradisi , seolah-olah wajib mengakhiri doa dengan Rabbana Atina Fiddunya Hassanah Wa fil akhiratil Hassanah Waqina Azabannar. Jika tidak, doa Akhirat sudah tentu tiada dalam senarai . Astagfirullah. Ampunilah kami ya Allah.

Apabila seorang demi seorang rakan-rakan dipanggil kembali kepada Allah ketika usia 20-an, awal 30-an dan ada juga penghujung 30-an , ketika itu mula terfikir yang kemungkinan giliran kami tiba tidak lama lagi . Antar dunia dan keredaan Allah , yang mana satu hendak didahulukan? Al-Quran dibaca ttp tidak dihayati. Al - Ma'thurat amalan harian semasa menjadi warga Universiti hanya bersimpuh di rak buku, tidak lagi jadi amalan harian . Sibuk sangatkah bekerja sehingga tiada ruang untuk beramal ?

Andainya esok Allah menjemput , Syurga tahap mana yang kami mahu ? Tidak pernah difikirkan. Tidak malukah sekadar menyimpan hasrat memiliki Syurga indah ttp tiada usaha bagi memperolehnya??

Surah ar-Rahman yg menjadi Surah kegemaran sejak pada tahun pertama Universiti tidak pernah diselami intipatinya. Kekuatan Surah ar-Rahman mendorong untuk berfikir keagungan Allah dan yang dikejar selam ini adalah permainan yg melekakan . Tidak mampu kami dustakan semua nikmat-nikmatmu. Kami mungkin tidak pernah melakukan dosa2 besar , namun kami mengakui sangat lalai dan angkuh berjalan di atas muka bumi ini. Tiga puluh tahun usia yg berlalu tidak dapat kembali lagi. Yang tinggal cuma 30 tahun sahaja bagi meneruskan hidup di alam dunia ini. Itu kiraan besar, mungkin Allah menjemput kita lebih awal . Di mana hendak sorokkan muka apabila bertemu dengan Allah nnti ? Cakap sahaja besar tetapi amalan tidak seberapa. Tidak malukah bertemu pemilik kita dalam keadaan lusuh, kusut dan compang -camping?

Keinginan memperbaiki diri dan membetulkan acuan hidup hanya berlegar dalam kepala tanpa usaha dan kesungguhan.

'' Dengan rendah diri kami memohon pada mu Ya Allah. Bimbinglah , perliharalah dan berkatilah kami dan generasi muda kami bagi meletakkan mardatillah sebagai wawasan hidup.Ampunilah kami dan berikanlah kami kekuatan , kesungguhan, kesihatan kewangan dan keyakinan yg tinggi bg kami melangkah ke Tanah Suci ketika Usia kami masih muda. Kami ingin memperbaiki diri, meneguhkan akidah dan menjadi insan cemerlang bertunjangkan paksi haji yang mampu memahat hati dan jiwa kami sebagaimana para malaikat dan makhlukmu yang sentiasa bertawaf tanpa henti hingga hari Kiamat, Amin.''




Cerita ini dipetik dari buku yang bertajuk''Haji Muda'' Tip-
tip Menjadi Tetamu Allah''


0 comments: