CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 18, 2014

Tujuan ziarah maqam aulia




Seorang bertanya kepada al-Habib Umar bin Hafidz, dia menanyakan : Kenapa ziarah maqam Aulia..??!!! Sedangkan  mereka  tiada memberi  kuasa atau manfaat apa-apa dan tempat meminta hanya padaAllah…??!”
Al-Habib Umar bin Hafidz lantas menjawab : “Benar wahai saudaraku, aku juga berpendapat sama denganmu, bahwa mereka tiada mempunyai kekuasaan dan manfaat apa-apa. Tetapi sedikit perbezaan ku dengan dirimu, kerana aku lebih senang menziarahi mereka kerana bagiku mereka tetap hidup dalam membangkitkan jiwa yang mati ini untuk cinta kepada Allah...!!!

Tapi aku sangat heran, kenapa engkau tiada melarang aku menziarahi ahli dunia, mereka juga tiada kuasa dan manfaat apa-apa. Bahkan duduk dgn mereka mematikan hati dan membuat lupa pada Allah. Yang mana kehidupan mereka bagiku seperti mayat yang berjalan. Rumah dan tempat tinggal mereka adalah tempat yang tiada membangkitkan jiwa untuk cinta pada Allah.

Hakekat kematian dan kehidupan di sisi Allah adalah jiwa. Banyak mereka yang dilihat hidup tapi sebenarnya mati, banyak mereka yang dilihat mati tapi sebenarnya hidup, banyak yang menziarahi pusara terdiri dari orang yang mati, sedangkan dalam pusara itulah orang yang hidup.Aku lebih senang menziarahi maqam kekasih Allah dan para syuhada' walaupun hanya pusara, tetapi ia mengingatkan aku akan kematian, kerana ia mengingatkan aku bahwa hidup adalah perjuangan, kerana aku dapat melihat jiwa mereka ada perjuangan cinta yang hebat sehingga mereka dicintai oleh Tuhannya lantaran kebenaran cinta mereka. Wahai saudaraku, ku ziarah maqam Aulia, kerana pada maqam mereka ada cinta, lantaran Cinta Allah pada mereka, seluruh tempat bersimpuh mereka dicintai Allah. Cinta tiada mengalami kematian, ia tetap hidup dan terus hidup dan akan melimpah kepada para pencintanya.


Aku berziarah kerana sebuah cinta, juga kerana ingin mengambil semangat mereka, agar aku dapat mengikuti mereka dalam mujahadahku. Aku mengangkat tangan di sisi maqam mereka, bukan meminta kuasa/manfaat dari mereka, akan tapi memohon kepada Allah agar aku juga dicintai Allah, sebagaimana mereka dicintai Allah.




Sunday, November 23, 2014

NASIHAT ATAU MENGHINA???




"Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya sedang menghinamu" (Imam As-Syafie)


Ibnul Mubarok berkata: "Dahulu seseorang (para sahabat) apabila melihat pada saudaranya terdapat hal yang tidak dia sukai dia menasihatinya atau melarangnya dengan sembunyi, sehingga dia diberi pahala atas rahsia dan larangannya. Ada pun hari ini, apabila seseorang melihat apa yang dia tidak sukai, dia membuat marah saudaranya dan dia sebarkan aibnya." (Roudhotul Uqola' hlm. 197)

Thursday, July 24, 2014

Bermaafan



   Nabi saw.  pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan orang pada setiap hari khamis dan Isnin (dalam seminggu), lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, kepada setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali siapa saja yang terjadi antara dia dan saudaranya (seiman) sengketa permusuhan; iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." (HR Muslim)

Sunday, July 20, 2014

Doa Iftitah



Diriwayatkan daripada Sayyidina Ibnu `Umar radhiyAllahu `an huma: Ketika kami sedang mengerjakan solat bersama dengan Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam, maka seseorang daripada jemaah mengucapkan "Allahu akbaru kabira, wal-hamdulillahi katsiira, wa subhanAllahi bukrataw wa asiila". Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda (selepas solat): "Siapakah yang berkata dengan kalimah sedemikian?" Maka seorang lelaki menjawab: "Saya, wahai Rasulullah." Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda lagi: " Aku takjub dengannya (yakni dengan kalimah yang diucapkan tersebut) kerana telah dibukakan baginya pintu - pintu langit." Sayyidina `Ibnu `Umar radhiyaAllahu `anhuma berkata: "Maka aku tidak meninggalkan bacaan tersebut semenjak aku mendengar Rasullullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda sedemikian." (HR. Imam Muslim dalam "al-Jaami`ush Shahih", jilid 2 halaman 99)

Rugi kalau tak baca .. 

Tuesday, June 24, 2014

Kelebihan Surah Al-Ikhlas



“Sesiapa membaca surah al Ikhlas hingga selesai 10 kali, maka Allah membangunkan baginya sebuah rumah di syurga.” (HR. Ahmad)

Dari Abu Darda’, Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga Al Qur’an dalam semalam?” Mereka mengatakan, ”Bagaimana kami boleh membaca sebegitu?” Lalu Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga Al Qur’an.” (HR. Muslim no. 1922)

Dari Abu Sa’id Al Khudri bahwa dia mendengar seorang membaca dengan berulang-ulang ’Qul huwallahu ahad’. Tatkala pagi hari, orang yang mendengar tadi mendatangi Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam dan menceritakan kejadian tersebut. Kemudian Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya surah ini sebanding dengan sepertiga Al Qur’an”. (HR. Bukhari)

An Nawawi mengatakan, dalam riwayat yang lainnya dikatakan : ”Sesungguhnya Allah membagi Al Qur’an menjadi tiga bahagian. Lalu Allah menjadikan surat Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash) menjadi satu bahagian dari 3 bahagian tadi.” Lalu Al Qodhi mengatakan bahwa Al Maziri berkata, ”Dikatakan bahwa maknanya adalah Al Qur’an itu ada tiga bahagian iaitu membicarakan (1) kisah-kisah, (2) hukum, dan (3) sifat-sifat Allah. Sedangkan surat Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash) ini berisi pembahasan mengenai sifat-sifat Allah. Oleh kerana itu, surat ini disebut sepertiga Al Qur’an dari bahagian yang ada. (Syarh Shahih Muslim, 6/94)

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir,  dia berkata, “Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan pada aku untuk membaca mu’awwidzaat selepas solat.” (HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523). Yang dimaksud mu’awwidzaat adalah surat Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas (Fathul Bari, 9/62)  

Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Bacalah surat QUL HUWALLAHU AHAD, QUL A'UDZU BIRABBINNAAS DAN QUL A'UDZU BIRABBIL FALAQ ketika petang dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan." (HR. Abu Daud no. 5082 dan An Nasai no. 5428) 

Dari 'Aisyah radhiyallohu 'anha, dia berkata, "Apabila Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam hendak tidur, beliau akan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surat Al Ikhlas) dan Mu'awidzatain (Surat An Naas dan Al Falaq), kemudian beliau mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika baginda sakit, baginda menyuruhku melakukan seperti itu" (HR. Bukhari no. 5748) 

Dari Jabir bin Samroh, beliau mengatakan, “Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam biasa ketika solat maghrib pada malam Jum’at membaca Qul yaa ayyuhal kafirun (surat Al Kafirun) dan qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlas)". 

Dari’ Aisyah rodhiyallohu ‘anha, Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Sebaik-baik surah yang dibaca ketika solat dua qobliyah subuh adalah Qul yaa ayyuhal kafirun (surat Al Kafirun) dan qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlas).” (HR. Ibnu Khuzaimah 4/273)

Abdullah bin Mas’ud rodhiyallohu ‘anhu mengatakan,  “Aku tidak dapat menghitung kerana sangat sering aku mendengar Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam membaca surah pada solat ba’diyah maghrib dan pada solat qobliyah subuh iaitu Qul yaa ayyuhal kafirun (surat Al Kafirun) dan qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlas).” (HR. Tirmidzi no. 431)

Saturday, June 21, 2014

Hukum Membina Binaan Atas Kubur




 Hukum membina binaan diatas kubur menurut pandangan jumhur ulamak( termasuk Mazhab-Mazhab empat) adalah Makruh



Teguhkan Hati Aku Di atas Agama-Mu



Yaa muqal libal quluub tsab bit qalbi ‘ala dii nik

“Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati aku di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

Tuesday, May 20, 2014

Anggota Sujud Dalam Solat



Di dalam Mazhab Syafie, anggota sujud dalam solat ada tujuh iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki. Anggota sujud yang tidak boleh berlapik ialah dahi. Hidung tidak termasuk dalam anggota sujud. Sah sujud jika seseorang meletakkan dahinya sahaja di atas lantai tanpa meletakkan hidungnya. (Kitab al-Fiqh al-Manhaji, Imam Syafie)



Wallahu a'lam.

Saturday, May 17, 2014

Kaya Dunia, Kaya Akhirat

altAlangkah indahnya kehidupan orang kaya. Cakap sahaja apa yang dimahukan, hampir semuanya boleh dapat. Malah, kalau pegi ke mana-mana, ada sahaja yang hendak memberikan layanan ala first class. Jadi kalau ditanya kepada sesiapa – mahukah menjadi papa ataupun muflis? Jawapannya sudah tentu tidak!

Namun, dalam pada ramai yang cuba mengelak daripada menjadi muflis di dunia, ada antaranya pula terlupa untuk mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak bankrap di akhirat. Sebab itulah ada yang ghairah mengaut kekayaan dengan bermacam-macam cara sama ada ‘halal’ ataupun ‘haram’. Tetapi di celah-celah itu juga masih ada terselit segelintir orang yang begitu ghairah membuat persiapan untuk kaya di akhirat. Cuma sayangnya, mereka papa pula di dunia.
Menurut Prof Madya Hj Mohd Nor Mamat, pensyarah di Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, seorang Muslim bukan hanya perlu mengejar kemewahan duniawi, tetapi juga kekayaan akhirat. Ini bersandarkan kepada sepotong ayat yang terdapat dalam kitab al-Quran.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Hendaklah tuntut kampung akhirat dengan (kekayaan) yang diberikan Allah kepada engkau dan janganlah engkau lupakan bahagian (nasib) engkau dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada manusia) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada engkau dan janganlah engkau berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang memperbuat bencana itu.” (al-Qashash:77)
Tegas beliau lanjut, penilaian kepada muflis di dunia adalah bersandarkan kepada harta, sementara akhirat pula adalah pahala. Justeru itu, untuk menjadi individu kaya di ‘hari kemudian’ kelak, kekayaan harta dunia itu perlu ditransformasi atau ditukarkan kepada bentuk pahala.
Lakukan transformasi
“Kita tidak boleh mengejar kekayaan hanya untuk di dunia atau hanya untuk di akhirat sahaja. Kita juga tidak boleh menjadi bankrap di dunia semata-mata hendak menjadi kaya di akhirat. Kita kena kedua-duanya sekali. Sebab manusia yang paling baik adalah yang kaya di dunia dan kaya juga di akhirat. Dengan kata lain, dia kaya harta dan kaya pahala,” hurai beliau.
Sambung Prof Madya Hj Mohd Nor, individu kaya beruntung kerana dia boleh menukarkan aset dunianya bagi membolehkan dia membuat pelaburan pahala di akhirat. Hal ini berbeza pula dengan orang yang kurang berada, apalagi seorang fakir. Namun, golongan yang berada harus ingat – kalau hari ini dia kaya di dunia, tidak mustahil dia boleh menjadi muflis di akhirat gara-gara gagal menggunakan hartanya secara berhikmah di jalan Allah. Dan boleh jadi harta itu juga akan menyebabkan dia lengah masuk syurga.
Namun, bagi yang kurang berada pula, walaupun peluang menggandakan pahala untuk akhirat tidak sebanyak orang kaya, dia juga sebenarnya turut beruntung. Ini kerana kata Prof Madya Hj Mohd Nor, kurang harta akan menyebabkan dia kurang berbuat dosa dalam proses pengendalian harta yang ada.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai cara untuk mengaut pahala demi kekayaan di akhirat. Bagi yang berkemampuan dari segi material, sudah tentu membelanjakan harta dalam bentuk yang diredai Allah boleh menukarkan ia kepada pahala. Bagaimanapun, tegas beliau, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.
“Syarat pertama, benda yang kita belanjakan itu tidak termasuk dalam perkara haram. Kedua, niat mestilah ikhlas kerana Tuhan. Ketiga, kena melakukan dengan sedar. Jika tersilap bagi itu, itu termasuk dalam kategori tidak sedar. Jadi tidaklah mendapat pahala. Dan yang keempat pula tidak menafikan arahan-arahan Tuhan yang lain. Kalau cukup syarat tadi, perbelanjaan harta kita akan bertukar kepada pahala akhirat,” jelasnya sambil menambah semuanya itu turut dikenali sebagai syarat ibadah umum.
Mengulas perihal ada orang yang sanggup menghabiskan keseluruhan hartanya untuk bersedekah, Prof Madya Hj Mohd Nor berkata, itu bukanlah cara terbaik untuk membuat pelaburan di akhirat. “Kalau kita hendak mendapatkan banyak pahala sebagai saham di akhirat, janganlah pula sampai kita melarat, tidak boleh hidup di dunia… Kita kena tengok model Rasulullah SAW,” ujarnya.
>Mengulas lanjut, beliau memetik kisah yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad. Baginda pernah bertanya kepada sahabat – siapa yang mahukan pahala di akhirat dengan menginfakkan harta benda mereka? Lantas Abu Bakar bangun dan berkata ya. Rasulullah bertanya berapa banyak? Dan Abu Bakar memberitahu ingin menginfakkan keseluruhan hartanya sehingga yang tinggal hanyalah rasul dan Tuhan.
Mendengar kata-kata Abu Bakar, Nabi Muhammad terus berkata tidak boleh. Kemudian Umar Al-Khattab pula menawarkan diri dengan menginfakkan separuh daripada hartanya. Ini turut ditolak oleh baginda. Sebaliknya Rasulullah menegaskan bahawa hanya satu pertiga sahaja yang boleh diinfakkan. Selebihnya adalah untuk diri dan keluarga.
Bersedekahlah kepada keluarga
Sambung Prof Madya Hj Mohd Nor lanjut, walaupun seseorang itu melakukan sesuatu demi meraih pahala untuk akhirat, dia tidak boleh meletakkan dirinya di dunia dalam jurang kemusnahan. Dengan kata mudah, seorang Muslim tidak boleh sengaja menyusahkan dirinya. Selain itu, beliau turut menegur sikap kebanyakan Muslim yang menganggap sedekah tidak boleh diberikan kepada keluarga. Tegasnya, ini merupakan antara salah faham yang perlu diperbetulkan.
“Bagi sedekah dalam Islam sebenarnya bermula dari kaum kerabat dulu. Maknanya kalau kita tidak beri cukup makan kepada keluarga kita, tetapi kita beri sedekah kepada orang lain walaupun anak yatim, itu sudah kira salah. Kita kena utamakan keluarga, kemudian baru kepada anak-anak yatim. Kalau emak kita miskin, kita kena bagi dulu kepada emak. Sebab sedekah kepada emak itu lebih perlu,” beritahunya.
Selain itu, untuk meningkatkan saham pahala di akhirat, seseorang itu juga perlu berilmu. Ini kerana dengan ilmu tersebut dia akan bijak membuat pilihan disebabkan dia tahu yang man satu harus menjadi keutamaan. “Ulama ada kata, orang berilmu buat benda sikit. Tetapi pahalanya banyak sebab dia tahu mana satu menjadi keutamaan. Dia bijak dalam mengenal peluang pelaburan.”

Thursday, May 15, 2014

Bicara Tentang Hati ^_^

sepi-yuni-sahara
Pena ini mencoretkan lagi nukilan hati, berbicara dengan dinding kamar bukan kerana aku kerisauan. Aku tetap dirantaian celah-celah manusia. Namun aku tetap merasa sepi. Aku bertanya pada dinding kamar kenapa aku sunyi?
Aku bicara pada rembulan yang bersinar? Aku bertanya pada si mentari?
Kenapa aku terasa kosong benar jiwa, tiada jawapan, hanya bahasa nyanyian bisu mengiringi. Bertanya pada manusia? Gelak tawa mereka adalah tangis sedih hati yang rapuh. Aku mencari keindahan pada dunia ini. Pada seorang lelaki, lelaki itu mati. Pada segumpal wang, wang itu habis, pada sebuah jawatan, jawatan itu hilang.
sepi001
Aku merantau lagi, mencari kebahagian yang abadi. Berlabuh dari satu pelabuhan ke pelabuhan lain. Mencari apa itu yang tenang, mencari apa yang puas. Tetap jua sama. Pulang ke halaman, bersama tangan penuh debu dosa. Keindahan yang kekal abadi itu masih tidak kunjung tiba. Ramai yang berbicara dunia ini sementara, namun tidak ramai yang bersedia. Sama jua aku. Berkira hidup ini lama lagi, berdosa tidak apa.
Terlupakah kita, dengan mengingati ALLAH jiwa menjadi tenang? Kitab suci, tersedia rapi di almari, berhabuk, lusuh sedikit tidak terusik. Menanti sahabat berlabuh nyawa meninggal dunia baru terbaca. Menanti sakit derita hiba baru terucap kalimah suci itu. Baru tersedar.Bukan dinding kamar patut kita bicara, bukan pada mentari patut kita bertanya, bukan pada rembulan, bukan jua pada sekecil hamba yang hina kita bersoal, juga bukan pada bintang dan pelangi.
Sujudlah padanya, berbicaralah dengan ALLAH tuhan segala pencipta .Bermohonlah padanya, mintalah padanya, itulah kebahagian yang aku, kamu dan mereka cari selama ini.

Beranikah kita jemu pada yang tersayang?



“Berdosakah seseorang yang ada ilmu tapi biarkan orang yang terdekat berterusan dalam kejahilan (eg: ajar mengaji)”

Situasi sebegini, patut teruskan atau tidak?

Bagi tiap- tiap keadaan yang mahu dirungkaikan, andai kita tidak letakkan diri kita dalam situasi yang sama, sukar untuk menilainya dari hanya sebelah sudut. Jujur mengakui bagi diri sendiri yang jahil serba serbi lagi cetek ilmu dan pengalaman ni, tiap- tiap kali teringatkan soalan yang diajukan ini, ia mengingatkan diri sendiri pada tanggungjawab kepada keluarga yang tidak mungkin akan pernah sempurna. Ramai orang yang mengalami keadaan yang sama, cuma berbeza cara dan tahap. Dan tidak semua penyelesaian itu serasi dengan tiap- tiap orang. Pandangan saya yang tidak seberapa ini, walau tidak menjadi penyelesaian, semoga paling- paling kecil dan biar ia menjadi motivasi buat semua untuk terus kuat untuk bermujahah menunaikan tanggungjawab dan jangan pernah berputus asa.

PELIHARALAH DIRI DAN KELUARGAMU DARI API NERAKA, JIKA KAMU ORANG YANG BERIMAN!

Alhamdulillah hari ini jumaat yang lapang dan mempermudahkan urusan memberi pandangan. Memperkatakan mengenai tanggungjawab kita kepada keluarga terutamanya (dan orang- orang terdekat juga, kerana setiap mukmin itu bersaudara), ia akan mengingatkan pada satu firman Allah dalam surah at-Tahrim yang berbunyi;

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

Ini suruhan Allah SWT kepada orang yang beriman. Maka yang pertama- tama sekali, termasukkah kita ke dalam golongan orang yang beriman itu? Berimankah kita jika suruhan-Nya tidak kita laksanakan, dan membiarkan pula keluarga kita dalam kehanyutan? Tanyalah pada hati sendiri, tepuk dada tanya iman. Jika iman tidak memberi jawapan, besar kemungkinan ia tiada di situ. Atau mungkin juga iman itu telah mati. Na’udzubillah!

Saudara- saudari yang dikasihi Allah SWT,

Kita sebagai umat islam, paling asas sekali, berkewajipan untuk amar makruf nahi mungkar. Jika di hadapan mata kita, ada orang yang bakal terjatuh ke dalam lubang, sanggupkah kita hanya memandang sepi? Jika ada orang sedang menghadapi kebakaran, sampaikah hati kita biarkan tanpa cuba menyelamatkan? Kenal atau tidak, ada pertalian atau tidak, dengan rasa kasih sebagai manusia, pasti kita akan cuba menyelamatkan mereka bukan?

Bagaimana pula jika orang itu adalah orang yang kita sayang? Keluarga kita? Pasti lebih lagi kita mahu menyelamatkan mereka! Dan ini dik, yang mereka bakal hadapi, bukan lubang kecil tapi lubang neraka. Bukan bakaran biasa tapi bakaran 7 tingkatan neraka yang berbeza- beza panasnya. Sanggup kita biarkan?

TENTANGAN YANG MENYUKARKAN JALAN.

Ya, tentangan pasti ada. Tapi mengertilah, mereka menentang kerana mereka ‘belum nampak dan belum tahu’ bahaya yang ada di hadapan mata mereka itu. Kasihanilah mereka. Tanggungjawab kita besar sekali untuk menyedarkan mereka. Allah bagi kita hidayah, tidak hanya untuk menyuluh jalan kita sahaja, tapi supaya kita sama- sama kongsikan menerangi jalan orang- orang yang kita sayangi. Allah pilih kita, sebagai pendukung amanat untuk menyampaikan kebenaran dan membimbing orang- orang di sekitar kita. Itu amanah yang jika tidak kita laksanakan, maka dosanya akan terpikul pada bahu kita.

Hak mereka untuk diperbetulkan, sekalipun mereka tidak sedar dan tidak menuntut di dunia ini, ingatlah mereka akan menuntutnya di akhirat kelak. Pasti. Dan pastinya tidak akan mudah di sana. Bersabarlah dengan tentangan wahai saudara- saudariku sayang, dan kepada diriku sendiri yang disayangi, berikanlah hak mereka sewajarnya. Hak untuk ditegur dan diperbetulkan. Sepertimana kita mahu ada yang membantu menunjukkan jalanan kita, menjauhi kita dari bahaya yang kita tidak nampak di hadapan, maka bantulah. Hak mereka yang memberat di bahu kita, usah disimpan dan ditangguh- tangguh. Kenapa harus kita bebankan di bahu sedangkan banyak lagi bebanan lain yang kita pikul? Kembalikan kepada mereka, itu analoginya (:

Mujahadah itu pahit kerana balasan syurga itu manis, bukankah begitu? Maka bersabarlah. Fasobrun jamiilaa. Sesungguhnya Allah SWT beserta orang- orang yang bersabar. Dan janji syurga untuk mereka yang sabar.

GUNAKAN PENDEKATAN YANG SESUAI

Untuk menegur seseorang, kita perlu menggunakan pendekatan yang terbaik dan berhemah. Yang terbaik bila kita memperbetulkan mereka tidak di depan orang lain. Demikian untuk menjaga air muka mereka, tidak menjatuhkan ego mereka, untuk menyentuh hati mereka dan supaya dalam masa yang sama tidak menimbulkan bibit riak takbur mahupun menyasarkan niat kita kepada selain Allah.

Sekiranya tidak berjaya, sebaiknya gunakan orang tengah yang dihormati dan disegani untuk menegur bagi pihak kita.

Action speaks louder than words

Tindakan serta kelakuan yang ditunjukkan lebih berkesan dari sekadar kata- kata nasihat. Oleh itu betapa perlunya kita sendiri menjadi role model pada keluarga dan sahabat terdekat kita. Tunjukkan akhlak mulia sebagai mukmin dan beristiqomah dengannya, sepertimana akhlak Rasulullah s.a.w yang menjadi uswah atau qudwah hasanah kita. Betulkan niat kita, yang penting adalah usaha kita kerana natijahnya Allah SWT yang Maha Menentukan. Bukan hak kita untuk menentukan mahupun memaksa.

Jaga hubungan dengan Allah. Dan jaga hubungan yang baik dengannya dengan ikhlas. Doakan untuk kebaikan mereka yang kita sayangi. Sentiasa mengajak mereka ke arah kebaikan secara berterusan mengunjungi majlis- majlis ilmu bersama.

Saudara- saudariku yang dikasihi, jangan pernah jemu. Adakah kamu akan jemu pada orang yang akan menjadi saksi bahawa kamu telah melaksanakan amanahmu di hadapan Allah yang Maha Pengasih kelak? Renung- renungkanlah (:

YANG KECIL MENYUMBANG SEDAYA MAMPU, YANG BESAR MENYUMBANG SEMAMPU- MAMPUNYA

Kata Imam Hasan al- Basri,

“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.”

Orang yang tahu, kena bagi tahu. Jangan usia, harta, pangkat dijadikan tembok keegoan yang menghalang. Tidak semestinya hanya orang yang tinggi ilmu sahaja yang mesti mengajar. Jangan rendah diri hanya kerana kita bukan sesiapa, mahupun mempunyai ilmu yang cetek. Perbendaharaan ilmu Allah SWT itu luas, yang Dia anugerahkan dengan tingkatan berbeza- beza pada setiap hamba-Nya. Sedikit yang ada pada kita, sedikit yang kita tahu, maka yang sedikit itulah yang perlu diajar dan dikongsi pada orang lain. Berdosa menyembunyikan ilmu.

Baligghu ‘anni walau aayah.

Sampaikan dariku (baginda Rasulullah s.a.w) walaupun sepotong ayat’. Ilmu lain yang lebih banyak, insyaAllah, orang lain yang diberi rezeki ilmu tersebutlah telah diamanahkan untuk menyampaikan padanya. Dalam masa yang sama, kita sendiri juga perlu tingkatkan ilmu di dada juga. Sentiasa, kerana proses belajar itu tidak akan pernah terhenti sehingga mati datang menjemput. Carilah ilmu, dan carilah ruang untuk menambah ilmu. Marilah kita menjadi sebaik- baik manusia seperti yang diriwayatkan dalam hadith Imam Bukhari,

“khairukum man ta’allamal Quran wa ‘allamahu”

‘Sebaik- baik manusia di antara kamu adalah orang yang belajar al- Quran dan mengajarkannya.’ Cintailah taman- taman syurga dan semailah sifat ini.

Kun ‘aaliman” – jadilah orang yang mengajar
“au muta’alliman” – atau orang yang belajar (dengan sikap seorang pelajar)
au mustami’an” – atau pendengar (kepada ilmu yang diajar)
“au muhibban” – atau orang yang mencintai majlis- majlis ilmu

Allahu musta’an. Wallahu’alam.

Face Behind the Veil



You look at me and call me oppressed

Simply because of the way I'm dressed

You know me not for what's inside
You judge the clothing I wear with pride

My body's not for your eyes to hold
You must speak to my mind, not my feminine mould

I'm an individual, I'm no mans slave
It's Allah's pleasure that I only crave

I have a voice, so I will be heard
For in my heart I carry His word

" O ye women, wrap close your cloak,
So you won't be bothered by ignorant folk"

Man doesn't tell me to dress this way
It's a Law from God that I obey

Oppressed is something I'm truly NOT
For liberation is what I've got

It was given to me many years ago
With the right to prosper,the right to grow

I can climb moutains or cross the seas
Expand my mind in all degrees

For God Himself gave us LIBERTY,
When He sent Islam, To you and me.