Hukum meninggalkan solat fardu dengan sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak adalah haram dan berdosa besar.
Pelaku wajib segera memohon keampunan kepada Allah (istighfar) dan bertaubat. Jumhur ulamak mengatakan wajib qada' (ganti) solat tersebut.
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perjanjian di antara
kita orang Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan
solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (HR al-Tirmidzi)
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya yang
membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah
dengan meninggalkan solat". (HR Muslim)
Diterangkan oleh An-Nawawi bahawasanya orang yang meninggalkan solat
dengan menolak atau mengingkari kewajipan solat, dipandang telah menjadi
kafir, telah terkeluar dari Islam. (ijma' ulamak Islam).
Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih
mengi'tikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy
Syafi'i menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik
(melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu
bertaubat, nescaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.
Segolongan ulamak salaf, diantaranya Ahmad dan Ishaq menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat telah kafir dan dihukum bunuh selaku seorang kafir.
Abu Hanifah dan al-Muzany menetapkan bahawa orang yang meninggalkan
solat tidak dikafirkan dan tidak dibunuh, hanya dipenjarakan dan
dita'zirkan sehingga dia kembali mengerjakan solat.
Thursday, May 24, 2012
Hukum Meninggalkan solat Fardu
Posted by Nurul Wahida at 5/24/2012 09:50:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment