CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 17, 2011

Bermaafan Di Rumah Allah

Kita sering ke masjid untuk bersolat jemaah, terutamanya masjid di kawasan kita. Sudah tentu kita mengenali jemaah-jemaah yang selalu bersama menunaikan solat di situ. Alangkah indahnya andai kita dapat bermaaf-maafan sesama kita setiap hari, lima kali sehari, bahkan di rumah Allah swt pula tu. Sempatkah kita berdendam dan marah? Bukankah islam itu indah andai kita mengikuti ajarannya?

Sifat yang paling mulia yang perlu ada di dalam diri seseorang adalah sifat mudahmemaafkan kesilapan orang lain. Sekiranya seseorang itu mempunyai sifat seperti ini ianya akan sentiasa berasa bahagia kerana mereka tidak mempunyai musuh serta sentiasa dihormati oleh orang lain. Selain itu, jika seseorang itu tidak suka memaafkan kesalahan orang lain akan sentiasa berasa tidak selesa atau terlibat dengan dendam dan sebagainya. Dengan ini setiap orang mestilah berusaha memiliki sifat mudah memaafkan kerana sikap tersebut boleh membawa kepada beberapa kebaikan seperti:

1). Mengelakkan terputusnya tali persahabatan dan silaturahim.

2). Menggambarkan keluhuran budi seseorang

3). Membersihkan diri daripada dosa terutamanya daripada sikap khianat dan berdendam.

4). Menjauhkan kita dari hidup bermusuh-musuhan.

5). Jika diamalkan di dalam keluarga akan membantu menanam sikap berkasih sayang yang mendalam dan seterusnyan menjamin kebahagian keluarga.

6). Boleh membantu mententeramkan hati dan fikiran seseorang.

إِن تُبْدُواْ خَيْرًا أَوْ تُخْفُوهُ أَوْ تَعْفُواْ عَن سُوَءٍ فَإِنَّ اللّهَ كَانَ عَفُوًّا قَدِيرًا
Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa
(Surah An-Nisa' 4: Ayat 149)

0 comments: