Rejab sudah berlalu. Kini telah pertengahan Syaaban. Lambaian Ramadan 15 hari lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab: اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان "Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan" Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan." Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati. Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak. Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang. Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah: Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama). Fadhilat Syaaban Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah: Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid." Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin) Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban 1. Malam Nisfu Syaaban Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu." Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin. 2. Penukaran Arah Kiblat Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis. Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah. Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya'. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum. 3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi') Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq. Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal. Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H. Begitu besarnya fadhilat bulan Syaaban. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengimarahkannya.
Sunday, July 17, 2011
Kehebatan di Bulan Syaaban
Posted by Nurul Wahida at 7/17/2011 06:43:00 PM 0 comments
Saturday, July 16, 2011
Dia Datang Menjemputku
Jasad terbujur di pembaringan Seorang anak Adam sedang 'bahagia' menikmati hidup, bersuka ria dan bergelak ketawa bersama rakan-rakan dan keluarga, ada yang leka bekerja mencari rezeki untuk membahagiakan kehidupan yang sedia ada, ada yang sedang lena diulit mimpi-mimpi indah, tidak kurang ada yang sedang berpesta menikmati keseronokan dunia, ada pula yang sedang lalai melakukan kemaksiatan dan terlalu ramai yang sedang hanyut dalam gelombang dosa yang berterusan..tetapi pernahkah mereka terfikir, pedihnya saat yang dinamakan Sakaratul Maut?! "Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi boleh berbicara sebentar, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, nescaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri" - Imam Ghazali Imam Ghazali juga meriwayatkan sebuah hadith daripada Rasulullah S.A.W, baginda bersabda: "Ketika sekelompok Bani Israel berada di sebuah tanah pekuburan, mereka berdoa pada Allah S.W.T agar Allah dapat menghidupkan semula satu mayat daripada tanah pekuburan itu agar mereka dapat mengetahui gambaran sakaratul maut yang sebenarnya. Dengan izin Allah S.W.T, tiba-tiba mereka dihadapkan dengan seorang lelaki yang muncul dari salah satu liang lahad tersebut. "Wahai manusia !", kata lelaki tersebut. "Apa yang kalian kehendaki dariku? Limapuluh tahun yang lalu aku mengalami kematian, namun hingga kini rasa kesakitan bekas sakaratul maut itu belum juga hilang dariku." Kata Saidina Ali Ibn Abi Talib R.A, " Manusia ini sebenarnya tidur dan akan bangun bila ia mati. Bila sampai saat kematian baru dia sedar akan perlunya bekalan amalan untuk dibawa ke akhirat untuk dihitung oleh Allah kemana arah tujuan. Dimana tempat bermulanya 'kehidupan' yang sebenar." "Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu, hingga apabila datang kematian kepada seorang dari mereka, dia berkata: "Ya Rabb kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkan sahaja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitan." Suatu hari, Nabi Ibrahim A.S meminta kepada Allah agar diperlihatkan wajah malaikat maut ketika ingin menarik nyawa orang-orang yang musyrik dan tidak beriman kepada Allah S.W.T. Maka Allah memperkenankan permintaan Nabi Ibrahim A.S. Sejurus selepas itu muncullah malaikat maut berkulit hitam legam, berbau teramat busuk dan meloyakan, memiliki dua mata satu didepan dan satu dibelakang. Di mulutkan kelihatan api yang panas membara. Nabi Ibrahim A.S yang melihatnya pengsan tidak sedarkan diri. Sedangkan saat sakaratul maut manusia yg kufur itu diseksa sedemikian rupa, sesungguhnya seksa Allah S.W.T diakhirat kelak lebih berlipat kali gandanya! Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagian: 1. Hartanya untuk waris-waris tinggalannya. Kadang kala ada ketikanya, orang yang telah mati seakan-akan datang kepada kita untuk meraih 'bantuan' daripada kita seperti contoh, mereka menghadirkan diri dalam mimpi kita supaya kita melihat keadaan mereka di alam sana dan terima pengajaran daripada apa yang diperlihatkan kepada kita. Maka ingatlah kepada mereka yang telah kembali menghadap Ilahi serta sedekahkanlah Al-Fatihah dan bacalah Yasin untuk mereka mudah-mudahan beban yang ditanggung mereka dikurangkan. Insya-Allah. Mati itu perkara yang paling pasti di pengakhir kehidupan. Silap bagi mereka yang berpendapat bahawa mati itu umpama tidur yang panjang dan segala nasib malang akan berakhir sesudah kematian. Mati itu sebenarnya permulaan bagi kehidupan-kehidupan lain di alam kubur, di alam padang masyar, di alam yang kekal abadi, syurga dan neraka. Wallahualam. Andai kutahu Aku takut Editor: Al-Fatihah buat rakan yang baru sahaja meninggal dunia pada tiga hari yang lepas. Umurnya baru sahaja mencecah angka 21 tahun. Saya mengenalinya sejak dialam sekolah rendah. Benar, mati itu tidak mengira usia. Sama-samalah kita berdoa agar beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.. Dan buat kita yang masih hidup, perbaiki lah amalan kita, berhiburlah dengan batasan syariat(berpada-pada), berbuat baiklah dengan orang-orang disekeliling kita. Jika masih ada yang bermusuhan, minta lah maaf dengan segera. Sebelum ajal kita tiba..kerana saat itu, semuanya sudah terlambat.."Bila Izrail datang memanggil
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan"
(al-Mu'minun : 99-100)
2. Nyawanya untuk ditarik oleh Malaikal Maut.
3. Dagingnya di perut bumi untuk santapan ulat-ulat.
4. Tulangnya untuk direputkan oleh tanah.
5. Amalan dan kebajikannya sepanjang hidup dimuka bumi serta doa anak yang soleh yang tidak jemu-jemu mendoakannya.
Malaikat-Mu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat pada-Mu
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Posted by Nurul Wahida at 7/16/2011 11:54:00 AM 0 comments
Friday, July 15, 2011
Malam Nisfu Sya'ban
Pada malam Nisfu Sy’aban, ALLAH hanya akan mengampun dosa-dosa mereka yang benar-benar mentauhidkan-NYA dan tidak memiliki sifat tercela seperti suka bergaduh dan bermusuhan.Nabi bersabda, "Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban, dinilai sahih oleh al-Albani)
Posted by Nurul Wahida at 7/15/2011 06:46:00 PM 0 comments
4 Syarat Hidupkan Hati Dengan Al-Quran
Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri. Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan. Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran. Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran. Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk. Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak. Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)." - Surah al-Isra’, ayat 9 Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud: "Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?" -Surah Taha, ayat 1-4 Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat: Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh). Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat." -Surah al-Isra’, ayat 78 Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: "Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?" - Surah Muhammad, ayat 24 Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran. Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya. Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan. Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya. Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran. Keempat, merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran. Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah. Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah. Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan. Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam). Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam. "Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua. "Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan." (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)
Posted by Nurul Wahida at 7/15/2011 06:10:00 PM 0 comments
