CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 25, 2012

Pesanan Rasulullah saw. kepada Abu Dzar

Dari Abu Dzar ra. berkata, "Kekasihku, Rasulullah saw. berpesan kepadaku dengan tujuh perkara, (1) supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekati mereka,(2) menyuruh aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku,(3) menyuruh aku menjaga silatur-rahim walaupun mereka berlaku kasar kepada ku,(4) banyakkan ucapan LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH,(5) mengatakan kebenaran walaupun pahit,(6) jangan takut celaan orang ketika berdakwah, dan (7) jangan meminta sesuatu apa pun dari manusia”. (HR Imam Ahmad)

La haula wala quwwata illa billah


Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua.

Rasulullah saw. bersabda, “Lahaula wala quwta illa billah adalah salah satu khazanah syurga.” (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah saw. bersabda, “Sesiapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billah, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit, yang paling ringan adalah kebimbangan”. (HR Tabrani)

Saturday, March 24, 2012

Amal Terus Menerus

Nabi saw. bersabda, "Amal yang paling dicintai oleh Allah adalah yang dikerjakan terus menerus walaupun sidikit.". (HR Bukhari dan Muslim)

Imam Nawawi rahimahullah mengatakan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan terus menerus dan rutin adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi terhenti-henti atau dilakukan sekali-sekala sahaja.