CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 29, 2011

Syarat Amalan Diterima Allah

Syarat untuk diterima ibadah seseorang muslim di sisi Allah :

1. Ikhlas. (Niat dan tujuannya hanya kerana Allah)

2. Ibadah yang dilakukan mengikuti apa yang ditetapkan oleh Allah di dalam al-Qur’an serta mengikuti dengan apa yang dijelaskan oleh Rasulullah saw. di dalam sunnahnya.



Jika seseorang itu mendirikan solat tetapi dia tidak ikhlas, maka ia tidak diterima oleh Allah.

Demikan juga jika seseorang itu ikhlas dalam mendirikan solat tetapi cara solatnya salah, maka ia tidak diterima oleh Allah.


Rasulullah SAW. bersabda,"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)

Rasulullah SAW. bersabda, “Sesiapa melakukan suatu amalan yang bukan dari ajaran kami, maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Muslim no. 1718)