CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 28, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum Sahabat-sahabat sekalian... di sini saya ingin memohon maaf jika ada salah silap atau terkasar bahasa pada sahabat-sahabat sekalian...di sini juga saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA...Kepada rakan2 seperjuanganku raya-raya juga...jangan lupa study...sebab perjuangan kita belum berakhir lagi...selepas perjuangan kita berakhir baru kita boleh raya ...semoga kita semua mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM 2011..:)

Wednesday, August 24, 2011

Zakat Fitrah


Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.” (HR Muslim)

Menurut jumhur ulama, zakat fitrah mesti dibayar dalam bentuk makanan asasi pada suatu negeri. Jadi di Malaysia, zakat fitrah dibayar dalam bentuk beras.

Apakah zakat fitrah boleh dibayarkan dalam bentuk wang?
Menurut ulama Hanafiyah, boleh dibayarkan dengan nilainya (qiimatuhu), iaitu dalam bentuk wang yang setara nilainya dengan makanan.
Mana kala menurut ulama jumhur (Malikiyah, Syafi’iyah, Hanabilah), tidak boleh dibayar dengan nilainya. Zakat fitrah mesti diberi dalam bentuk makanan (beras).

Biasanya amil atau pusat pungutan zakat menerima bayaran zakat fitrah dalam bentuk wang tetapi menyampaikannya kepada yang berhak dalam bentuk beras.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah dan memerintahkan agar ia dibayar sebelum solat Aidil Fitri. [HR al-Bukhari]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebagai satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin.[HR Abu Daud]