CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 16, 2011

Rombongan Ke Parlimen

Masa 14 Jun 2011 iaitu hari Selasa lepas sekolah saya telah membuat rombongan ke Parlimen...dalam rombongan ke Parlimen ini semua pelajar T.6 Atas atau (PPU) SMK Sg. Besar diwajib kan pergi untuk melihat bagaimana orang bersidang... Rombongan ini di sertai oleh 60 orang pelajar dan 8 orang guru... kami bertolak dari sekolah awal kerana untuk mengejar masa sampai ke Parlimen kerana persidangan bermula pada 10 pagi n ada siaran langsung dari RTM TV 1...perasaan kami gembira sebab dapat tengok Menteri2, Timbalan Menteri bersidang depan mata secara real.. selalunya tengok kat kaca TV je tapi kali ni dapat tengok depan2...banyak isu2 yang disidangkan...saya bergambar dengan kawan2 saya ini sebelum masuk ke Parlimen... ramai yang saya jumpa di Parlimen antaranya Ustaz Nasharuddin, Abdul Hadi Awang Nizar dan ramai lagi...lepas tengok orang bersidang di dewan Parlimen kami di susruh masuk ke Dewan rakyat pula untuk mendengar penjelasan lanjut dari Encik Rasyid selepas persidangan.....lepas dengar taklimat dari Encik Rasyid kami di jamu pula dengan jamuan Tengah hari..layanan dekat situ memang best...n lepas makan baru kami bertolak pulang ke tempat masing2.. pada sahabat2 yang dapat berpeluang untuk ke Parlimen jangan lepaskan peluang tersebut...rugi kalau tidak pergi memang rugi..bestttt...

Bergambar kenangan di depan Bangunan Parlimen sebelum bertolak pulang ke tempat masing-masing...

Di Masjid Negara...Rasa macam nak terjun je dalam kolam ni....

Selepas pergi Parlimen kami singgah ke Masjid Negara untuk menunaikan solat Zuhur...lepas sembahyang saya dan kawan saya Farahin gi jalan-jalan pusing sekitar Masjid Negara Sementara menunggu kawan-kawan n guru menunaikan solat Zuhur...sempat bergambar lagi tu..ye lah first time pergi Masjid Negara kan....n lepas semua habis solat n naik bas untuk bertolak balik ke Selangor dapat pula makan Aiskrim free..cikgu Yusuf belanja..apalagi berebut2 lah semua nak ambil..he..2..cuma saya je x ambil sebab x berapa minat sebab takut kotor...

Saturday, June 4, 2011

Ingatlah Allah Sentiasa

Hamba-Hamba ALLAH Sekalian,

Allah catitkan di dalam Al-Quran tentang manusia-manusia yang berasal dari air mani dan kemudian dibesarkan..akhirnya menjadi pengkhianat yang nyata. manusia-manusia begini dimurkai oleh Allah, tuhan orang muslim...oleh itu apakah kita yang Muslim ini, jika telah mengkhianati Allah, tidak terasa setinta takut kepadanya?

Allah ciptakan syurga, di dalamnya manusia bersenang lenang dan ditemani pasangan cantik- cantik, air sungai yang mengalir tenang, syurga yang amat indah terlebih indah sehingga tidak terfikirkan untuk orang-orang yang ikhlas menyerahkan dirinya dan takwa kepada Allah.

Dunia ini kata Muhammad, umpama setitis air dari selautan, dan selautan itu adalah
akhirat...bayangkanlah, jika yang setitis nih pon kita telah tergoda oleh cantik dan
indahnya..bagaimana pula yang selautan itu? dapatkah kita gambarkan?

Manusia-manusia yang menyerahkan diri pada agama Allah tidak akan rugi, kemenangan manusia di dunia ini adalah dalam agamanya...jadilah manusia yang hebat di dunia dan di akhirat!

Bacalah al-quran, dekatkan lah minda kepada hadis...teguhkan ukhuwah sesama Muslim..kita perlu kuat untuk menentang segala pengaruh yang melemahkan kita. bersederhanalah dalam berhibur...bersederhanalah memenuhkan jiwa
dengan keseronokan, kita kini dipermainkan musuh-musuh Allah. mari kita kuatkan diri kita, kuatkan masyarakat kita, kuatkan negara kita..dalam memperjuangkan agama..takbir!!

..dengan mengingati Allah...hati akan menjadi tenang..