CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 28, 2011

Enam Golongan Yang Sukar Menerima Dakwah

"...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." - Surah Al Baqarah: Ayat 255

Banyak buku-buku yang menerangkan tentang metod berdakwah, ciri-ciri pendakwah, mendekati orang yang ingin didakwahkan dan sebagainya. Akan tetapi, penulisan mengenai siapakah orang paling sukar menerima dakwah adalah sangat kurang.


Sunday, January 16, 2011

Taqwa


Kalimah 'Taqwa' asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan.

Menurut Syara', 'Taqwa' bererti : "Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta'ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat".[2]

Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda yang bermaksud :

"Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya". ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )

Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".

Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa".

Menurut Ibnu Abbas r.a. : "Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta'atiNya".

Menurut Hasan al-Basri : "Orang-orang bertaqwa ialah orang-orang yang memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka".

Berkata Abu Yazid al-Bustami : "Orang bertaqwa ialah seorang yang apabila bercakap, ia bercakap kerana Allah dan apabila ia beramal, ia beramal kerana Allah".

Baca Ayat Kursi Sebelum Tidur

Terjemahan :

Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah ayat 255)

Nabi SAW bersabda: "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu, dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)...Amalkanlah ayat ni sebelum tidur untuk menggelakkan sebarang gangguan

Saturday, January 15, 2011

Menunaikan Rukun Islam yang Kelima

Assalamualaikum kepada para sahabat yang saya kasihi sekalian... Alhamdulillah saya dan Ibu saya selamat mengerjakan Haji pada tahun 1431 H. Setelah lama menunggu keputusan untuk ke Tanah Suci akhirnya tercapai juga untuk mengerjakan rukun Islam yg ke-5 tahun lepas.. kami bertolah Dari Malaysia pada 18 October 2010..Kami berada di Tanah Suci lebih dari 40 hari... Keadaan di Tanah suci pada musim Haji memang padat dengan berjuta-juta manusia yang datang dari seluruh negara untuk tujuan menunaikan rukun islam yg ke-5. Cuaca di sana juga biasa tetapi kalau hujan dia dengan petir2 sekali... tetapi memang best dapat banyak pengalaman..banyak perbezaan jika di banding pergi Umrah ngn Haji ni...Sahabat-Sahabat yg belum pernah ke sana saya nasihatkan agar dapat pergi Umrah dulu sebab klu x pernah gi langsung memang susah tp klu dah pernah pergi sekali senang sebab dah tahu sikit selok-belok di sana...Gambaran Makkah yg sekarang dengan yang dulu memang berbeza sebab dah banyak bangunan yang diruntuhkan... tempat2 kediaman pun jauh2..Sahabat 2 sekalian, siapa yang nk pergi Haji pergilah masa Usia Muda jangan tunggu tua sebab dekat sana banyak cabaran yang perlu ditempuhi....Simpan niat dan duit dalam Tabung Haji..Apabila dah banyak pergilah Tunaikan Haji......

Anak Buah


Ni anak buahku namanya Muhammad Uqbah Bin Akmal Hisyam..comelkan..:) Namanya Muhammad Uqbah Bin Akmal Hisyam. Umurnya sekarang dah nk masuk setahun... Dia dah mula nk pandai duduk dah...tak lama lagi pandai berjalan pula....


Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau Salah Tolong Tunjukkan....

Tidur gaya Ultraman n superman...

Friday, January 14, 2011

Wanita

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya....

Kejujuran amat Penting dalam Kehidupan Manusia

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang

Thursday, January 13, 2011

Dosa Sesama Manusia


Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, baik berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) darinya, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu untuk ditanggungkan kepadanya." (H.R. Bukhari-Muslim)...RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL..

Kebaikan Kecil Yang Besar Nilainya...


Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki berguling-guling (bergembira) dalam syurga hanya kerana dia memotong dahan pokok di bahu jalan yang mengganggu manusia”. (Hadis Riwayat Muslim)

Hidup ini harus dipenuhi dengan amal soleh dan meninggalkan semua amal jahat kerana itulah sifat sebenar mukmin. Islam mengajarkan segala perbuatan baik dilakukan dengan ikhlas sama ada besar atau kecil, sedikit atau banyak tetap dinilai oleh Allah SWT dan tersedia baginya ganjaran pahala.

Allah SWT menggalakkan kita berlumba mengerjakan kebaikan dengan tidak menetapkan nilai atau ukurannya seperti firman-Nya bermaksud: “Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Baqarah : Ayat 148)

Adakalanya kebaikan itu mungkin kecil pada pandangan manusia, tetapi nilainya besar pada pandangan Allah.

Hadis ini mengisahkan seorang lelaki melalui sebatang jalan yang biasa dilalui kaum Muslimin dan terlihat sebatang dahan berduri seakan-akan mahu jatuh. Bimbang dahan itu jatuh dan menimpa orang ramai, lelaki berkenaan memotong dahan itu.

Disebabkan kebaikannya, Allah mengampuninya dan memasukkan dia ke syurga. Lelaki tadi kelihatannya membuat sedikit saja kebaikan, tetapi Allah merahmati dan membalas perbuatannya dengan nilai sangat besar iaitu syurga penuh kenikmatan.

Kita tidak tahu sebenarnya apakah amalan kita selama ini yang mendatangkan rahmat dan keredhaan Allah. Mungkin rahmat dan redha Allah datang sewaktu kita mengukir senyuman kepada rakan, sewaktu memberi salam atau memimpin orang yang buta melintas jalan.

Jadi, meremehkan kebaikan kecil itu sebenarnya salah besar kerana siapa tahu, dengan kebaikan kecil itulah yang akan memberikan pahala besar, meraih rahmat dan redha Allah SWT

Dunia Umpama Lautan yang Luas

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah
ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa,
nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Wednesday, January 12, 2011

Senyuman

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman..

Saturday, January 8, 2011

Masjid yang Terdapat Di Kota Makkah....


Ini Masjid Quba'

Ini ialah Menara Jam Tinggi yang terletak di berdekatan dengan Masjidil Haram.....


Masjid Hudaibiah

Forum Perdana Di Hotel Azeeb Mawaddah, Makkah


Forum Perdana Di Hotel Azeeb Mawaddah.... Forum Perdana ni diadakan malam sebelum KT 35 balik ke Tanah air.....Forum Perdana ni best sikit sbb penceramahnya hebat-hebat sungguh..Penceramahnya terdiri dari belah kiri tu orangnya dah biasa keluar dalam television iaitu Ustaz Haslin Baharim atau lebih dikenali sbg ( Ustaz Bollywood) n seorang penceramah lagi pada malam itu ialah Ustaz Rahim Nasir dan dipengerusikan Oleh Ustaz Sallehuddin Nasir...Yang ini adalah Forum Perdana yg dijalankan untuk kali ke-2 di Azeeb Mawaddah..sebelum ada juga Forum Perdana yang dijalan Di Hotel Azeeb Mawaddah ..perceramahnya sama je... Ustaz Haslin,Sallehudin Nasir dan dipengerusikan oleh Ustaz Rahim Nasir.....tapi masa Forum Perdana yang hari pertama x dapat nk ambil gambar sbb ada problem sikit ngn Camera....pada mlm tu pun best juga ceramah yang oleh ketiga2 penceramah tersebut... sebelum ceramah bermula kat Hotel Azeeb Mawaddah saya dan Ustaz Haslin sempat calling lagi untuk berjumpa ..... tapi apakah daya kami sempat pandang n senyum je..x sempat nak bertegur siapa sbb Ustaz haslin sampai agak lewat sedikit di Hotel Azeeb Mawaddah....... senyum pun jadilah.... tetapi Ceramah ustaz Haslin memang best dan mantop..Memang best pergi menunaikan Haji Pada Usia Muda.......saya sarankan kpd sahabat2 yang masih belum pergi menunaikan Haji..pergilah masa muda jangan tunggu tua..bukan apa saya kesian tengok jemaah haji yang tahun lps ada yang tua n tidak larat untuk berjalan jauh kerana Haji ini memerlukan tenaga yang banyak dan menghadapi pelbagai cubaan seperti semasa hendak pergi melontar perjalanan agak jauh sahabat2 sekalian.... dari tempat kita menginap di Mina menuju ke tempat melontar adalah 7 kilometer..oleh itu kita jangan lah tunggu sampai tua untuk pergi menunaikan Haji....Simpanlah duit didalam Tabung Haji dengan sebanyak yang mungkin n apabila dah cukup pergilah menunaikan menunaikan Haji..Ingat Sahabat2 sekelian niat untuk menunaikan Haji juga perlu ada dalam diri....jika ada niat dalam diri...InsyaAllah hajat Sahabat2 sekalian untuk menunaikan Haji akan tercapai...

Ceramah di Hotel Azeeb Mawaddah.... ni time ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Sallehuddin Nasir dan Ustaz Rahim Nasir... ceramah Ustaz-Ustaz ni memang best tak mengantuk pun.....Kat Hotel Azeeb Mawaddah , Makkah blh di katakan tiap2 hari untuk mengisi masa lapang selain beribadah kepada Allah... Ceramah di sampaikan adalah berkaitan Ibadah Haji dan sebagainya.... ceramah ni diadakan sebelum dan selepas Haji... Penceramahnya pula terdiri daripada Ustaz Sallehuddin Nasir, Ustaz Rahim Nasir , Ustaz Shamsuddin Sidek dan ramai lagi...Ceramah ni diadakan tidak kira siang atau malam....

Sunday, January 2, 2011

Time Mengerjakan Umrah darjah 2


Ini di Laut mati Jordan..... Laut ni rasanya masin adan air laut ni boleh dibuat ubat... jika ada kudis-kudis ke apa luka-luka ke sapu dengan air laut ni mesti pulih....Sebab apa dia dinamakan Laut mati sebab jika seseorang tu mandi kat Laut ni orang yang mandi tu akan sentiasa timbul dia tak mahu tenggelam..... dan dekat tengah laut mati terdapat Lumpur yang boleh dilumurkan di badan untuk menjadikan kulit cerah dan dijadikan ubat.... sebab sayatengok kalau orang yang mandi di situ mesti mereka lumurkan badan mereka dengan Lumpur yang terdapat kat dalam Laut Mati tersebut......


Ini Makam Nabi Syuib yang terletak Di Jordan.....


Bergambar di depan Alia Hotel Jordan.... Cuaca di Jordan masa tu sangat sangat sejuk tapi memang best.... Kalau lepas keluar dari bilik air mesti hanya timbul kepala je sebab menyorok kat bawah selimut sebab terlampau sejuk dengan cuaca nya dengan Iconnya lagi.....Tp memang best kalu tak sahabat- sahabat sekalian pergi lah ke Jordan.....Banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada di Jordan..... Tapi saya pergi Jordan masih Aman Damai Lagi.....


Bergambar depan Ashabul Kahfi Jordan... Ashabul Kahfi merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.

Menang Skim Hadiah Tabung Haji


Semasa menerima Skim Hadiah Dari Lembaga Tabung Haji Kuala Lumpur.... Yang Hujung sekali yang pakai cermin mata tu merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pengawai Eksekutif Tabung Haji iaitu Datuk Ismee Ismail...Inilah kali pertama saya menang dalam peringkat kebangsaan dan mewakili sekolah-sekolah Malaysia Negeri Selangor...Berdebar-debar juga masa nak naik ambil hadiah kat pentas tu dah ramai penonton-penonton dekat depan...tapi apabila sampai kat atas pentas debaran pun hilang.. Saya menerima Sijil dan sebagainya Dr Lembaga Tabung Haji Kuala Lumpur.. Ni gambar tengah pening sebab tak tau nk tengok kamera yang mana satu sebab masa banyak juru kamera dekat depan..last-last pandang Kamera kat depan je..dah tak tahu nak pandang kemera mana... depan kiri ada kanan semua ada....


Bergambar kenangan bersama pemenang-pemenang Skim Hadiah Galakan Sekolah-Sekolah Malaysia Tahun 2007 yang bertempat di Lembaga Tabung Haji Kuala Lumpur...Ini merupakan peringkat Kebangsaan dan saya dapat tempat yang ke-3 bagi Negeri Selangor...


Selamat Menyambut Tahun Baru

Salam Ukhwah Sahabat-sahabatku Sekalian.... secara sedar atau tak sedar kita sudah pun masuk ke tahun 2011... tahun 2010 sudah pun kita semua tinggalkan.... Sempena tahun 2011 ini saya akan berazam akan menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pelajaran untuk berjaya dalam STPM yang tidak lama lagi saya akan tempuhi.... Sahabat- sahabat sekalian jangan lupa doakan saya agar mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM nanti....... Apakah Azam Sahabat-sahabatku Sekalian??